SELAMAT SEJAHTERA & SALAM 1MALAYSIA.
Selari dengan tugas sebagai seorang surirumahtangga dan ibu kepada anak-anak yang disayangi,
memasak menjadi tugas rutin untuk KAKFA'IZ. Namun bukan memasak sahaja yang menjadi tugasan penting, termasuklah kerja-kerja rumah, menghantar anak pergi dan balik sekolah malah urusan bayaran bil dan urusan bankpun kena lakukan juga.
Bukan apa, pagi-pagi lagi suami dah keluar kerja sehinggalah lewat malam baru balik ke rumah. Jadi, kalau nak tunggu suami alamat tak selesailah urusan-urusan tersebut. Apa-apapun kalau sesuatu itu dikerjakan dengan penuh rasa tanggungjawab dan ikhlas tidak menjadi hal.
Berbalik pada tugas isteri dan ibu, KAKFA'IZ memang selesa dengan kehidupan sekarang. Dah lama berhenti kerja dalam aliran perakaunan.
Sekarang lebih seronok dengan hari-hari mengadap resepi dari pagi hingga ke malam. 3/4 dari kehidupan ini kebanyakannya di dapur.
Itulah SYURGAku.
Dulu tak berapa pandai memasak. Tapi pengalamanlah yang melengkapkan status KAKFA'IZ sebagai seorang IBU. Banyak "try & error" yang dilalui. Dah berapa kali masak kuih dan kek terpaksa humban dalam tong sampah.
Setiap kali itu jugalah suami akan tersenyum sini bila tengok isterinya 'buang makanan'.
Jadi, apa saja pengetahuan, ilmu dan pengalaman yang KAKFA'IZ ada harap dapat kita kongsikan bersama resepi dan tips-tips di dapur.
Harap ianya berguna bukan saja kepada kawan-kawan seangkatan yang sudah bergelar ibu, tetapi juga bakal-bakal isteri, para pelajar yang bakal duduk sendirian di asrama atau rumah sewa (bila dah jauh dari ibu tentu macam-macam yang teringin nak dimakan dan juga anak2 yang suka menolong ibu di dapur.
Bak kata pepatah, Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya...
Harap dapatlah kawan-kawan dan anak-anak "FOLLOW" blog ni dan sama-sama berkongsi ilmu anda disini.