Tuesday, July 10, 2012

HIDUP BIARLAH BERJASA

Kadang-kadang selepas selesai rutin harian, saya bersantai dengan sahabat baik yang sudah saya anggap sebagai adik sendiri. Biasanya kami akan bersarapan bersama sebelum meneruskan agenda kami pada hari tersebut. Seronok menghabiskan masa bersama dengan berbual tentang anak-anak dan keluarga selain dari resepi masakan, hal-hal terkini dan apa saja yang berlaku. Tapi kalau selalu diulang benda yang samapun agak membosankan juga. Kami mula memikirkan satu kelainan untuk kami lakukan.

Itulah kami, bila bosan saja mula merangka aktiviti. Seperti yang lepas-lepas kami berniaga secara kecil-kecilan tudung, kain baju dan kain pasang. Selepas tu bila dah bosan, kami relaks sekejap dan mula mencuba itu ini sehingga yakin kami berjualan ... wah!!! menjadi la...memang menguntungkan. Nak tahu kami berniaga apa... MEMO PLUS GOLD!!                     

 untuk minda dan kecergasan anak-anak.



Ramai kawan-kawan yang turut mencuba. Hmmm... best jugak!!!)








Terkini, kami mendapat idea lagi apabila menghadiri Mesyuarat PIBG Sekolah Agama Danga. Tergerak hati untuk meninjau perpustakaan sekolah tersebut yang diwar-warkan oleh Pengetua serba daif dan kekurangan.



 Lantas kami mengumpul dana bersama dan melakukan apa yang patut untuk perpustakaan itu. Itu termasuk juga derma dan ikhsan dari kawan-kawan dan rakan facebook. Mereka menyumbangkan wang, buku, langsir serta tenaga. Alhamdulillah.. segalanya berjalan lancar dan kini perpustakaan tersebut telah siap walaupun tidaklah secanggih mana.  Cukuplah sekadar untuk anak-anak beriadah, membaca atau berehat disitu.

Inilah rupa perpustakaan sebelum diubahsuai.
Kerusi dan meja ditempatkan sementara sebelum
dipindahkan ke kelas yang memang kekurangan
kerusi dan meja.

Kipas yang daif sangat... telah ditukarkan kipas
baru hasil sumbangan satu keluarga


Proses membaikpulih

Setelah siap, gaya santai kerana tiada peruntukan
@ dana untuk kerusi meja. Juga menggunakan
tikar getah sahaja.


Inilah rupanya sebelum dan selepas

Antara sumbangan buku dan wang dari rakan-rakan.

Projek seterusnya dalam perancangan (mengikut keupayaan saya dan kawan baik) ialah surau yang lantai simennya beralaskan permaidani (carpet) yang sudah uzur.  Semua faham memang permaidani memerlukan penjagaan rapi  dan berterusan, jadi melihat keadaannya yang uzur, berdebu dan merbahaya untuk anak-anak yang berpenyakit maka kami merancang untuk mengutip dana menggantikan permaidani dengan tikar getah sahaja memandangkan dana yang besar diperlukan untuk memasang jubin (tiles). Semoga Allah mempermudahkan segala urusan. Amin...

Bahagian luar surau

Agak membahayakan...

Sudut bacaan surau yang tidak teratur dan tidak terurus.




Tempat mengambil wudhuk dan lantai simen
yang cepat berlumut.




Semoga ada insan yang bermurah hati untuk dana amal ini. Semoga amal dan jasa mereka mendapat balasan syurga dariNya. Amin...

Sunday, October 2, 2011

SALAM PERKENALAN

SELAMAT SEJAHTERA & SALAM 1MALAYSIA.

Selari dengan tugas sebagai seorang surirumahtangga dan ibu kepada anak-anak yang disayangi, memasak menjadi tugas rutin untuk KAKFA'IZ.  Namun bukan memasak sahaja yang menjadi tugasan penting, termasuklah kerja-kerja rumah, menghantar anak pergi dan balik sekolah malah urusan bayaran bil dan urusan bankpun kena lakukan juga. Bukan apa, pagi-pagi lagi suami dah keluar kerja sehinggalah lewat malam baru balik ke rumah.  Jadi, kalau nak tunggu suami alamat tak selesailah urusan-urusan tersebut. Apa-apapun kalau sesuatu itu dikerjakan dengan penuh rasa tanggungjawab dan ikhlas tidak menjadi hal.

Berbalik pada tugas isteri dan ibu, KAKFA'IZ memang selesa dengan kehidupan sekarang. Dah lama berhenti kerja dalam aliran perakaunan. Sekarang lebih seronok dengan hari-hari mengadap resepi dari pagi hingga ke malam. 3/4 dari kehidupan ini kebanyakannya di dapur. Itulah SYURGAku.

Dulu tak berapa pandai memasak. Tapi pengalamanlah yang melengkapkan status KAKFA'IZ sebagai seorang IBU.  Banyak "try & error" yang dilalui. Dah berapa kali masak kuih dan kek terpaksa humban dalam tong sampah. Setiap kali itu jugalah suami akan tersenyum sini bila tengok isterinya 'buang makanan'.

Jadi, apa saja pengetahuan, ilmu dan pengalaman yang KAKFA'IZ ada harap dapat kita kongsikan bersama resepi dan tips-tips di dapur.  Harap ianya berguna bukan saja kepada kawan-kawan seangkatan yang sudah bergelar ibu, tetapi juga bakal-bakal isteri, para pelajar yang bakal duduk sendirian di asrama atau rumah sewa (bila dah jauh dari ibu tentu macam-macam yang teringin nak dimakan dan juga anak2 yang suka menolong ibu di dapur.  Bak kata pepatah, Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya...

Harap dapatlah kawan-kawan dan anak-anak "FOLLOW" blog ni dan sama-sama berkongsi ilmu anda disini.