Kadang-kadang selepas selesai rutin harian, saya bersantai dengan sahabat baik yang sudah saya anggap sebagai adik sendiri. Biasanya kami akan bersarapan bersama sebelum meneruskan agenda kami pada hari tersebut. Seronok menghabiskan masa bersama dengan berbual tentang anak-anak dan keluarga selain dari resepi masakan, hal-hal terkini dan apa saja yang berlaku. Tapi kalau selalu diulang benda yang samapun agak membosankan juga. Kami mula memikirkan satu kelainan untuk kami lakukan.
Itulah kami, bila bosan saja mula merangka aktiviti. Seperti yang lepas-lepas kami berniaga secara kecil-kecilan tudung, kain baju dan kain pasang. Selepas tu bila dah bosan, kami relaks sekejap dan mula mencuba itu ini sehingga yakin kami berjualan ... wah!!! menjadi la...memang menguntungkan. Nak tahu kami berniaga apa... MEMO PLUS GOLD!!
untuk minda dan kecergasan anak-anak.

Ramai kawan-kawan yang turut mencuba. Hmmm... best jugak!!!)
Terkini, kami mendapat idea lagi apabila menghadiri Mesyuarat PIBG Sekolah Agama Danga. Tergerak hati untuk meninjau perpustakaan sekolah tersebut yang diwar-warkan oleh Pengetua serba daif dan kekurangan.
Lantas kami mengumpul dana bersama dan melakukan apa yang patut untuk perpustakaan itu. Itu termasuk juga derma dan ikhsan dari kawan-kawan dan rakan facebook. Mereka menyumbangkan wang, buku, langsir serta tenaga. Alhamdulillah.. segalanya berjalan lancar dan kini perpustakaan tersebut telah siap walaupun tidaklah secanggih mana. Cukuplah sekadar untuk anak-anak beriadah, membaca atau berehat disitu.
Inilah rupa perpustakaan sebelum diubahsuai.
Kerusi dan meja ditempatkan sementara sebelum
dipindahkan ke kelas yang memang kekurangan
kerusi dan meja.
Kipas yang daif sangat... telah ditukarkan kipas
baru hasil sumbangan satu keluarga
Proses membaikpulih
Setelah siap, gaya santai kerana tiada peruntukan
@ dana untuk kerusi meja. Juga menggunakan
tikar getah sahaja.
Inilah rupanya sebelum dan selepas
Antara sumbangan buku dan wang dari rakan-rakan.
Projek seterusnya dalam perancangan (mengikut keupayaan saya dan kawan baik) ialah surau yang lantai simennya beralaskan permaidani (carpet) yang sudah uzur. Semua faham memang permaidani memerlukan penjagaan rapi dan berterusan, jadi melihat keadaannya yang uzur, berdebu dan merbahaya untuk anak-anak yang berpenyakit maka kami merancang untuk mengutip dana menggantikan permaidani dengan tikar getah sahaja memandangkan dana yang besar diperlukan untuk memasang jubin (tiles). Semoga Allah mempermudahkan segala urusan. Amin...
Bahagian luar surau
Agak membahayakan...
Sudut bacaan surau yang tidak teratur dan tidak terurus.

Tempat mengambil wudhuk dan lantai simen
yang cepat berlumut.
Semoga ada insan yang bermurah hati untuk dana amal ini. Semoga amal dan jasa mereka mendapat balasan syurga dariNya. Amin...













No comments:
Post a Comment